Wednesday, 7 March 2012

Tawaf dan Saie

TAWAF DAN SAIE

    Soalan
    Berapakah jenis tawaf?

    Jawapan

    a. Tawaf ada enam jenis.
    b. Tawaf Haji
    c. Tawaf Umrah
    d. Tawaf Qudum
    e.Tawaf Sunnat
    f. Tawaf Nazar
    g. Tawaf Wada

    Soalan
    Bagaimana mengerjakan tawaf dan di mana tawaf bermula dan berakhir?

    Jawapan

    Caranya:
    Apabila seseorang itu masuk ke Masjid al-Haram, hendaklah ia berdiri mengadap Baitullah sedang keseluruhan Al-Hajar Al-Aswad di kanannya lalu berniat. Kemudian dia pun mula berjalan dengan mengirikan Baitullah. Dan yang lebih afdal jika keadaan mengizinkan ia bergerak ke kanan Hajar Aswad mengadap Baitullah hingga melalui keseluruhan Al-Hajar Al-Aswad kemudian ia mengirikan Baitullah dan memulakan perjalanan tawafnya.

    Soalan
    Bagaimana cara mengatasi masalah bagi seorang yang tidak dapat menghafal atau membaca bacaan-bacaan yang ikhaskan semasa mengerjakan tawaf dan sai?

    Jawapan
    Bacaan di dalam tawaf dan sai semuanya sunat. Malah semua bacaan di dalam haji dan umrah adalah sunat. Tidak mengapa dibacanya apa sahaja doa yang diketahui atau membaca surah-surah pendek dari Al-Quran semasa tawaf, sai dan wukuf.

    Soalan
    Adakah batal air sembahyang apabila penyentuhan berlaku di antara lelaki dan perempuan semasa bertawaf?

    Jawapan

    Hukum yang muktamadnya adalah batal jika penyentuhan kulit berlaku antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sudah mencapai umur yang diingini. Tetapi di dalam mazhab Syafii kita ada pendapat bahawa yang disentuh tidak batal. Pendapat ini boleh dipakai dalam keadaan darurat. Menurut pendapat Hanafi pula yang muktamad tidak batal melainkan dengan syahwat - pendapat ini boleh ditaklid dengan syarat kita berwuduk menurut mazhab Hanafi dengan menyapu sekurang-kurangnya suku kepala.


Soalan
Bolehkah seorang melakukan tawaf haji atau umrah tanpa niat untuk bertawaf?

Jawapan
Boleh. Kerana niat ihram haji dan umrah mencakup semua amalan haji dan umrah

Soalan
Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak?

Jawapan
Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.

Soalan
Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa melakukan tawaf?

Jawapan
Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat (sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.


Kredit : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5018.0

No comments:

Post a Comment